Followers

Order Form

Email (WAJIB):
Full Name:
Handphone No:
Full Address (POSTCODE REQUIRED):
Payment Method: Maybank
CIMB
Poslaju Delivery:
Item Code & Alternative Code/ Comment:
OhShawl Blog Follower? Yes
No
Payment Period: Within 24 hours
Within 48 hours
Kenali OhShawl dari? Facebook
Blog
Kawan-Kawan

Pihak OhShawl akan menghantar INVOICE ke EMAIL anda.

Check inbox atau SPAM BOX.

Submit Form jika anda SERIOUS BUYERS! Thanks for your support (^_^)v

This form powered by Freedback

POWER PUMPING TEKNIK BANYAKKAN SUSU IBU


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Jelitawan

Harini erna nak berkongsi satu teknik untuk membanyakkan susu ibu. Jom kita try amalkan teknik ini..

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

Owh ya..dibawah ini erna kongsikan testimoni ibu-ibu hebat yang bersemangat kental melakukan teknik Power Pumping dan dalam masa yang sama mereka mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. 

"baru beberapa hari mencuba set penyusuan shaklee...susu yang dah kering mula dah keluar setitik dua, dalam proses kuatkan lagi buat Power Pumping mudah-mudahan susu kembali banyak macam sebelum ini...InsyaAllah, bagus jugak shaklee ni selalu makan banyak vitamin tentu akan cepat lapar je dan masalah sembelit tapi dengan vitamin shaklee semua lancar..perut pun terasa kenyang..harap-harap dapat la kuruskan badan nanti.. =))"

"Lepas seminggu Power Pumping + Set B bertambah la jugak susu ku. Ada jugak laa stok nak standby tak laa harap kat ebm yang baru pam..i lap u shaklee :D"

"Alhamdulillah berkat makan set penyusuan shaklee dan Power Pumping hasilnya sangat puas..gambar dibawah adalah perahan kali ke-2 dah dapat hampir 7oz dan hasil perahan setiap hari boleh mencapai 28oz dengan mudah..berbanding sebelumnya hanya mendapat 10-12oz sehari syukur pada Allah atas rezeki yang diberi..Thanks ayu introduce set 3M pada ct.."

"Alhamdulillah lepas 4hari buat Power Pumping dan 2minggu amik Set B, arini 1st session pumping kat office dapat almost 7oz"

No comments:

Post a Comment

Jika ada sebarang soalan boleh drop by di sini ye.. Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...